Assalamualaikum
Morning...
Baru nak publish bab cite Genting.
Tak sangka dalam dok riki martin pakej Genting utk sebijik bas...
dok minta quotation tetiba dpt email dari pihak yg berkenaan pasai pakej ni...
tu dia...
siap dapat tiket ABPBH lagik...
mula la pakat ketaq lutut nak pi...
tapi tak pi pon...
kena ambik cuti hari isnin
cheq plak kena setelkan Projek Honda ni dulu.
Dah setel...nak cuti lama-lama pon takpa...
Beberapa kisah received call dari nombor pelik-pelik....
Brapa bulan lepas penah dapat call dari nombor pelik...
+48.....tah apa tah nombor dia.
Sekali jawab...makaih...speaking London...pekat...sampai jenuh nak paham.
Rupa-rupa dia gtau cheq menang cabutan apatah.
Cheq jwb call lagi nanti.Tgh bz pdhl dok kat bilik time tu.
Esoknya dia call lagik.
Cheq dah tau la ampa tu nak nipu....konon-konon cheq menang...pastu nanti minta bank-in duit bagai.
Terus malas nak jawab call tu dah....ada la 5 6 kali depa call.
Awai bulan ni....dpt call lagi dari nombor pelik +39....
banyak kali gak dia call tapi cheq tak jawab....serammmmm....
Tah time cheq tidoq nombor tu call lagi...cheq terjawab...la...rupa-rupanya bos cheq nun di San Jose US yg call.
Suruh anta sample for customer.
Naseb angkat...klau tak...jenuh kena komplen.
Bape hari pas bos cal dari US trima call lagik...
nombor dia pnjang sungguh...+14.......
jawab la....takut bos (company world wide)
sekali jawab org tu cakap Indon la...
ceh...nak pekena cheq la tu....kata menang kunun...
terus cheq off enset tu...padan muka...
2 minggu sudah ada satu nombor call.
Bila angkat dgq orang cakap Tamil.
Yang cheq tau...vendor yg cheq tunggu call dia tu Cina...pehal plak cakap Tamil.
Terus letak la.Tup tup vendor tu antaq email kata dia call tp cheq letak....mihahaha...
Cheq reply email kata tgh meeting...tipu ckit tutup malu....
Hari ni...baru nak nek jambatan Penang balik umah received call lagi dari nombor pelik...+6568.....
Jawab jela...
fuhhhh...naseb jawab.
Hazel kat Singapore call suruh arrange org Singapore nak mai lusa...
Sekarang ni nombor pelik ke tak smua kena jawab.
Takut hal keja....kang kena komplen naya ja....
Inbox mesej dari KBU setakat seperti tajuk di atas...
total-724 mesej
ni cheq tgh dok baca satu per satu...
nak on9 FB kang takleh wat keja....
dok ketaq nak balas komen kat FB...
baca jela...
klau tak...camna nak tau perkembangan semasa skandal-skandal kat KBU tu...ahak
Assalamualaikum
Hari ni nak menghias meja opis sat.
Nak boh apa?
Tengok dari jarak jauh dulu.
Tu smua apa yg org bagi kt cheq.
Kita zoom dekat-dekat cikit.
Tag button KBU...cenderahati dari kak Shida & kad ahli KBU....
wehooo....rasa muda 10 tahun bila tgk gambaq cheq kat kad tu....hahaha...
opppsss...bukan gambaq zaman muda remaja na...gambaq terbaru tanpa edit tau...
muda tak...muda tak?
hahahaha...pasan sat tang sini....
Assalamualaikum
Lunch time hari ni amat bahagia...hahahaha...
ada org belanja u...takkan tak bahagia...
nak nak plak belanja kat Secret Recipe lagi la bertambah bahagia....hik..
Ini la kami...4 org smuanya tapi pic yang sorang lagi takdo la plak...
hampa boleh menggedik camni ka kat SR?
time kami sampai...takdak sapa lagi....
kami kiranya 1st customer tuk lunch time la...so bila takdak org pakat dok posing meja sana meja sini....
cuba tgk apa kami makan plak...
dok isi celah mana pon tak tau...
tapi smuanya licin....
kami tak makan kek ja na....
ni siap order main course lagi...
papepon thanks to kak Z coz banje kami hari ni...
nanti2 banje kami lagi naaaa.....
Assalamualaikum
Selamat pagi smua.Cheq baru lepas jemmed ni.
Bukan jemmed kat jalan raya or jambatan Penang tu tapi jemmed kat opis ni.
Buka email tgk2 mesej dlm inbox 1083.
1065 adalah mesej2 dari KBU dan selebihnya adalah email keja....jenuh...jenuh...
Sampai hang PC ni tadi.Ni adalah hasil post or komen2 geng KBU kat FB yg terlampau aktif dari petang Jumaat sampai la pagi Isnin ni.
Ni cara cheq tak brapa aktif komen2 kat FB KBU tu.Klau la cheq rajin komen...alamatnya PC ni hang sampai tghari apa.
Memang depa ni aktif giler arrr...ni 1st group yg hyperaktif cheq penah join.
Yang lain-lain banyak diam.
Hampa smua memang dasat la....
Assalamualaikum
Hari ni cheq nak cite cikit2 pasai gath KBU.
Cheq kurang aktif dlm FB KBU.
Kekangan kerja yg menuntut cheq berkampung dalam LAB sampai cheq takleh nak beramah mesra dgn ahli2 KBU di FB.
So bila tak brapa aktif & cheq plak jarang komen2 pon kat FB buat cheq segan nak menjoinkan diri.
Tengok yang lain2 dah macam adik beradik....ramah mesra...sehari beribu gak komen2 dalam KBU.
Klau nak baca jenuh tak sempat la....kena dok 24 jam dpn laptop ni.
Tapi cheq dah bank in duit gath dah cuma berat ati nak join ja.
Kena plak pagi Jumaat tu keta wat hal.
Terus masuk workshop.Abg pomen kata petang boleh ambik tapi tup tup bila lepas keja keta tak siap lagi.
Cheq dah berniat nak buat cupcake KBU tapi barang-barang tak beli lagi.
Bila kawan cheq datang pickup cheq trus balik umah so cupcake nya mmg takdak la.
Sebelum balik keja tu plak bos dah bersuara suruh cheq keja hari Sabtu Ahad dlm erti kata lain OT.
'Masakkkkkk...dah la esok gath...'
Yela...OI tak siap lagi...sample untuk HONDA lagi 500 pcs tak siap lagi....cheq dah pening-pening...keta plak buat hal...naseb ptg tu bos kata takyah mai esok klau tak...tak dapat la nak join.
Balik dari workshop call kak ipar nak pinjam keta.Naseb dia tak p mana2.Klau tak cheq memang tak p gath.
Pagi-pagi kepala dok memusing nak cari something untuk gath...yang ni memang dah niat so trus ke Tesco.
Kuar pagi tu ujan...dalam ati terpikir2 gath jadi ke?
Rasa takmo pi pon ada....cheq takut ujan...cepat sakit...
Bila dah beli something cheq ingat tak dan la nak berkonvoi dgn depa2 yg dari Perlis & Kedah...rupa2nya depa masih di tol jambatan Pulau Pinang....so mencelah la kat situ.Best plak berkonvoi ramai-ramai.Rasa nak buat lagi.Agak-agak nanti nak konvoi p mana plak ye?
Sat hujan sat berenti buatkan gathering tu tak berjalan dgn lancar.Klau tak di sini la tempat nak bakaq-bakaq...nak golek-golek...nak berenang-renang...
Yang sonoknya budak-budak laki sibuk di dapur (budak ke?) dan yang pmpuan2 ni dok beramah-mesra...dok bungkus2 hamper...cheq suka tang ni....baru la syok...
Ini la ahli-ahli KBU yang datang memeriahkan suasana walaupon jauh...walaupon ujan....walaupon ada keja tapi hampa smua memang best....
Moga perjumpaan kita smua tidak berakhir di sini sahaja.Mana nak tau boleh berkonvoi untuk majlis perkahwinan sesama ahli KBU ke kan3?
Assalamualaikum
Kunun demam tapi sempat p makan-makan with my girls kat Seoul Garden Autocity
Pi bertiga ja sebab yang len ada hal yg tak dapat di elakkan...
Mula-mula my girls tu malu-malu meaw...
cheq suruh ambik ja apa yang nak di makan pastu pakat-pakat grill & rebuskan dia...
pas depa tengok cheq dgn selamber ja ambik bnda tu bnda ni penuh meja pastu baru pakat dok ambik la...
Aksi goreng menggoreng bermula...
Ni la my girls tu...
Cik Emily...
&
Cik Eta...
Dekat dua jam gak la kami menchekik sampai kenyang...
Tapi yang lawaknya budak-budak laki sebelah meja kami lagi sopan dari kami smua...hahahaha...
Suara pon tak brapa nak dengar...
Lemah lembut gitu...awww....
Sebelum balik cheq try buat ais kacang...
sekali tak jadi daaaaaaaaaaa....
ni la rupa ais kacang cheq yang cayaq tapi penuh dgn bahan-bahannya....
tak dilupakan ais krim lorrrrrrrr....
Thanks to Cik Emily coz tumpangkan cheq ke Autocity...
& thanks to Cik Eta coz bawak cheq p ambik keta kat bengkel...
Assalamualaikum
Semalam Gathering KBU secara besar-besaran...
Kuar dari rumah seawal jam 9.30 pg ujan...balik sampai umah pkl 8.40 mlm pon still ujan...
Akibat mandi ujan dari pagi smpai ke malam makanya hari ni bangun badan rasa panas.
Semalam pon kepala dah berdenyut-denyut masa kat gath tu.
Tapi muka wat slumber....tahan sakit.
Naseb la Jumaat lepas dept. cheq ada bagi digital thermometer sorang satu....oppps...cheq ambik tiga...hik...
so apalagi....cheq rasmi la hari ni...
sekali tekan button...
ala...baru 32.7 C dah wat kecoh...
hahaha...gedik...
Sekarang tgh siap-siap nak kuaq menchekik kat Seoul Garden Autocity....
Nak join...meh la...
Assalamualaikum
Tensen...
tu ja yg cheq dok rasa skrg ni.
Ingatkan leh siap tapi ptg tadi p tgk keta blom siap lagi....huhuhu...
trus col Cik Emily soh ambik cheq antaq balik.
dah sampai area TAT cheq semawa Cik Emily makan-makan dulu.
Makan kat Ady Chicken Chop Restoran (err...entah btoi tak nama dia....hahahaha...)
mai tgk apa kami makan.
ayaq kosong & jus epal....
bihun tomyam...
chicken chop....
kengkunun cheq nak banje Cik Emily tapi tengok2 dia yang bayaq....
katanya Ahad ni dia akan ambik cheq lagi nak p ambik ketakan...so time tu cheq leh banje dia.
Mandangkan menumpang orang balik makanya plan nak ke Tesco beli barang2 nak buat cupcake untuk gathering KBU tak jadi la....
errrrr....agak2 esok ganti dengan kek boleh ka?
Assalamualaikum
Baru hari ni cheq nak crita hal Gathering Kami Blogger Utara.
Kebizian + segan nak join depa smua.
Baru last week cheq mengkompemkan diri nak join tapi cheq tak beli t-shirt KBU pon.
Hari tu Cik GKSB tnya cheq wat juai mahai.
Bila last menet nak join...nak order...tak dapek la kan...
Gathering akan berlansung seperti yang tertera dalam banner.
Yang bestnya budak-budak KBU ni depa akan berkonvoi beramai-ramai dari Perlis ke Penang.
Banyak pitstop tu.
Maybe cheq akan join depa berkonvoi dari Seberang Jaya ke Tanjung Asam.
Apa-apa pun tunggu keputusan bos.
Tadi dia berura-ura nak soh cheq keja esok.
Klau kena keja cheq akan p sendiri dari kilang la.
Hope esok dapat join =)
Ya....cheq akan berkampung di sini setiap hari dan seterusnya.
Mana lagi klau bukan dalam LAB.
Isnin...kena submit sample kat subcon around 500 pcs.
So...dok sini la pagi petang siang malam....huhuhu...
Assalamualaikum
Update entri untuk hari ini...ahak...
Kata diari...kena la update malam-malam...sesi luahan perasaan....hik..hik...hik...
Hari ni jam 4 ptg ada meeting tergempar.
Big bos pon tak tau meeting apa.
PA dia yang set meeting.
Pas smua berkumpul smua wat-wat muka blurr.
Pastu sorang wakil kami smua bangun kata dia wakil smua yang ada nak listdown apa yang kami tak puas ati.
Dia buka sehelai demi sehelai kertas ni sambil dok cakap banyak benda yang tak puas ati sekarang ni sampai la ke helaian kertas tulis ni
v
v
v
Bigbos terkejut.Katanya besday beliau bukan hari ni.
Pastu kami terangkan kata tau....besday next week tapi next week smua takda.
Pakat-pakat kena p business trip.
So apalagi...kami kuarkan kek dan segala piring garfu smua...muka dari serius terus senyum lebaq.
Siap posing sendiri bila pakat-pakat ambik enpon nak snap pic dia....hehehe...
Terharu baca kad besday dari kami smua.
Time dia hepi ni la kami suarakan hasrat nak p Team Building tu.
Beliau kata dalam pertimbangan.
Team building kat Singapore maybe....
Kena settel down smua problem dok ada ni.
Dapat profit baru leh p team building.
Yeah...dalam pertimbangan tu.Harap-harap menjadik la.
Wehooooooo....
baru smpai umah dengan jayanya.
Ujan yang amat lebat.
Drive pon 40km/j ja...hahaha...
OKla kan...biar lambat asalkan selamat.
Assalamualaikum
Entri yang lepas cheq ada habaq dapat hadiah contest dari Abg EQ kan?
So hari ni cheq bawa dia mai keja.
Nak temukan dia dengan abang-abang dia.
Tadaaaaaaa.....
Dia dok kat bawah dulu.
Tak reti nak memanjat lagi.
Nanti-nanti dah besaq leh la panjat frame tu ek...
Tak rancang pon nak tgk wayang hari ni.
Dah balik dari keja....ingat mau rehat2.
Tup tup dapat mesej ajak kuar.
Cheq malas nak cakap takmo just balas mesej kata mai ambik.
Eh...eh...rajin plak dia nak mai ambik dari Penang nun.
Orang datang ambik I follow je.
Oho...sesi luahan perasaan ye.
Pas meronda sana sini sambil luahan perasaan dia bawa cheq p menonton wayang.
Tak tengok cite baru2 kuar.
Dalam ati nak tengok merong tapi dia belikan tiket cite lain.
Layannnnnnnnnnnnnz.....
Citenye biasa2 je.Apa2 pon cheq lagi suka White Chicks lagi dari cite Big Mommas ni.
Assalamualaikum...
Baru bangun tidoq selepas 'pengsan' petang tadi.
Hari ni tersangat-sangat bz.
Balik-balik je terus lena tanpa salin baju.
Masa kat kilang tadi dah fening-fening lalat dah.
Demam belom betul-betul kebah....qheja melambak-lambak...makanya petang tadi terpaksa ke Nurse Room check BP....owh...BP low...patutla dok fening-fening..nurse bagi 3 bijik ubat telan time tu jugak.
Mood bercampur-campur.
Sesak nafas pon ada.
Tensen?Tu toksah habaq la.
Kena siapkan 2k customer sample dan OI pada 28 Mac 2011 ni.
Maybe Sabtu Ahad ni & minggu depan cheq kena p qheja nak siapkan customer sample ni.
Klau project Honda ni berjaya makanya company dapat kontrak la dgn Honda company tuk bekalkan LED.
Takkan cheq nak kantoikan project ni plakkan?
Dr TC dah buat elok dah sebelum ni....bila cheq ambik alih trus fail...naya...naya....
Tadi sempat dok BW sat dalam keadaan fening.
Tak komen apa2 pon kat blog hampa.
Just baca2 ja.
Smpai kat blog Cik GKSB terbaca pasai GATH KBU masuk paper.
Waaaa....sangat2 jeles ok.
Teringin nak join tapi kekangan kerja yang melampau-lampau buatkan hasrat cheq terbantut.
'Errr...Cik GKSB...gath kat Pantai Seagate je kan?Cheq nyinggah sat petang tu pas abeskan keja kat kilang boleh dak?' wink....wink...kat Cik GKSB...hik...
Wehoooo....hari ni dpt kami hair dryer plak....lalalala...
Kami = Cheq + K.ros + MU + Fieda
berkat mengarang cerita dalam majalah company....ahak...
macam terer-terer ngarang padahal ayat tah apa2...
Masa p ambik hadiah ni Eliz soh karang lagi tuk edisi akan datang....
tengok tajuk akan datang....woho....takleh...takleh...susah cikit...
tajuk dia camni kot klau tak salah...
"Apakah yang memotivasikan diri anda sehingga ke tahap ini?
Siapa yang menjadi penghalang untuk mencapai kejayaan anda."
Cam susah ja...errr...
Klau ada PHD ke jadi Manager ke best gak nak karang.
So bagi alasan kat Eliz kata bagi peluang kat orang lain sama.
Sinaran edisi kali ni asik muka kami ja.
Sambutan raya muka kami....time EHS day muka kami...MUDBALL muka kami...
pastu hat cite yang kami karang pon muka kami saja....hahaha...
kang org kata tak aci plak kan3?
Next year la plak kami karang...hehehehe....
Sedikit lagi info tentang Park & Ride Shuttle
Bas(BEST) adalah mengikut zon.
BEST A ~FIZ Ph 1& 2
melalui Sunway---Tol Jmbtn---Qbay---Seagate---PSDC---Osram---Towa-m---Bbrauns---Sunshine---Bukit Jambul---Sunway
BEST B~FIZ Ph 3
melalui Sunway---Tol Jmbt---Qbay---Intel---Jabil---PSDC---Seagate---Sunshine---PISA---Bukit Jambul---Sunway
BEST C~FIZ Ph 4
melalui Sunway---Tol Jmbtn---Qbay---Seagate---Jabil---Schenker---Penta Master---Zhulian---Dell/Dufu---Bukit Jambul---Sunway
Shuttle akan bertolak setiap 20 minit dari Sunway.
Eh...tajuk pengumuman tu sebenaqnya panjang lagi.Makaseh no kat hampa orang2 Seberang & Kedah coz singgah blog cheq.Tajuk dia camni....
'Pengumuman untuk orang2 Seberang Perai & Kedah yang bekerja di sekitar Bayan Lepas'
Sebenaqnya cheq nak habaq ni...hari ni...1 Mac 2011...'Program Park & Ride Shuttle' dah pon bermula.
Cheq pon tak naik lagi tapi akan cuba gak sekali nak naik shuttle ni.
______________________________________________
The Penang State Government will launch the Park & Ride Shuttle
service on 1st March 2011.
The Bridge Express Shuttle Transit(BEST) service will depart from
Bandar Sunway to FIZ areas in the morning and return from FIZ areas to
Bandar Sunway in the evening. The zoning and operating schedule for
the express service are as follows:
1) Zoning:-
- BEST A : FIZ Ph 1 & 2
- BEST B : FIZ Ph 3
- BEST C : FIZ Ph 4
2) Schedule (see attachment "New Park & Ride Schedule")
-Morning session : 5. 30 am to 8.10 am
-Evening session : 4. 30 pm to 7.30 pm
Please refer to the attachment for the presentation by Rapid Penang
regarding the free Park and Ride Shuttle Service from Seberang Jaya to
Bayan Lepas FIZ.
Pls note that the parking fee at Sunway Carnival car park is RM1/day &
around the Bandar Sumway will be charged by Seberang Perai council
(MPSP). The bus ride is free of charge (FOC).
__________________________________________________
Disamping dapat mengurangkan kesesakan di atas jambatan dapat juga jimat duit untuk minyak + tol (leh kumpul duit utk kawen...lalalala)
Yang best skali bas ni preeeeeeeeeeeeeee....i likeeee....ngeeeeeeeeeee
dgq2 kata siap ada wifi....ahak...
Ada info apa lagi yek?adesss....cheq tlupa ter Save kat mana info pasal park & ride ni...
Insyaallah esok cheq try update....