Assalamualaikum
Dulu masa Aqil takleh jalan lagi bila balik ja keja terkurung dalam rumah sampai la abah ajak pi memana atau nak ke rumah tok.Tapi sesejak dah dapat kaki ni sampai ja kat rumah kalau Aqil balik awai terus bawa dia lepak kat koridor.Praktis pegang, berdiri dan jalan pakai kasut.Nak ajak main kat taman permainan budak-budak besaq ramai.Satgi sekali tolak mau tersungkuq.
Dah jadi rutin kami.Berdiri depan koridor pon jadi la.Tengok la tu.Pakai capal.Geram ja tengok kaki dia rasa nak gigit.
Macam biasa...anak peramah macam abah abes dia tegur orang kat flat depan dan kat bawah siap lambai-lambai lagi.Kalau peramah suara pelan takpa ni suara ikut abah dia.Kuat hamat -________-
Ewah...sonok sakan.Yeayyyy...dah pandai lambai-lambai orang tapi lambat cakap.Setakat sebut uuuu...uuuu... ja pandai.Nak sebut perkataan hujung-hujung macam makan=kan abang=bang kakak=kak fish=ish tak pandai lagi macam anak kawan.Yang dia tau semua uuuuu.Naseb la amma dan bah tau sebut....hihihi...
Tak sabar nak tengok Aqil berlari sepak bola :p