Kunci pintu dari dalam

2:55 PM

Assalamualaikum

Jumaat lepas Maghrib abah pi keja.Aqil masih dalam bilik air.Tadi mandi dengan abah.
Selalunya takda apa.Sesambil saya intai Aqil mandi dari bilik baju yang bertentangan dengan bilik air saya sediakan baju tido dia.

Tetiba dengar kreeek...kreeekkk...kreeekkk...

Pandang ke bilik air pintu tutup.Terus laju-laju pi tolak....Allah...Aqil kunci pintu dari dalam.

CUAK

SERIYAT DARAH
 
NAK TERKENCING terus blurr takleh nak pikir apa.

Terus call abah.Abah suruh try buka dulu sementara abah nak balik.

Allah....nak buka kot mana.Memang sah-sah kunci dari dalam.
Dan-dan teringat anak sedara kawan yang lemas jatuh dalam baldi air.Memang takda baldi air tapi takut Aqil panjat tandas duduk nak main air dalam kolah.Air kolah plak penuh.Nauzubillah...mintak simpang jauh-jauh perkara yang tak di ingini.

Tolak-tolak pintu tapi tak boleh.Panggil Aqil suruh buka dia wat derkkkk ja.Geram betul.Aqil rilek ja dok main air.Saya tolak pintu zink bilik air belah bawah.Bengkok sikit.Lambai-lambai tangan kat Aqil tapi lagi dia dok cebok air.

Tetiba kuasa HULK muncul.Saya tolak pintu bawah dengan kuat guna kaki sampai bengkok.Lambai-lambai panggil Aqil.Bila Aqil datang dekat ja terus saya capai dia dan tarik kuar dari celah pintu.

Aqil menangis tapi saya tarik jugak.Lepas Aqil kuar terus laju-laju call abah so abah patah balik pi keja.
Merajuk bila kena marah

Lepas pakaikan pempes segala dok pikir camna nak buka pintu bilik air.Dah la paip air dok terpasang.Air melimpah kuar ja dari tadi dan saya memang rasa nak terkencing sangat.Mau takmau kena merangkak masuk kot celah pintu jugak.

Masa masuk tu Aqil dok gelak kat mama dia ni.Amboi...seronok tengok mama merangkak no.Dah rupa askar training dah gayanya.Alhamdulillah...dapat masuk kencing,tutup paip air dan buka pintu.

Masa nak buka pintu tu memang dah ketat.Zink belah dalam yang terkepak tu dah patah dan rosak.
Lani pintu bilik air dah tak boleh tutup.


Nampak gaya nak kena tukar pintu baru ni.Kang naya ja tuan rumah mai buat spot check.Kami tak kisah sangat tapi kalau ada sedara mai jenuh la.Leh ngendap orang tengah mandi gayanya ni...hihihi...

Huhuhu...pasni mama dah takleh nak ralit-ralit sangat.Kena dok perhati ja anak buat apa.Jenuh la.Takleh masak...takleh kencing...takleh nak terlelap sat pon sebab sebelum ni Aqil wat hal juga.Mama sibuk masak nasi kat dapoq Aqil panjat lemari masuk dok kat tingkat no.2.....wuuuuuu....





You Might Also Like

10 apa kata anda?

  1. Assalamualaikum, salam blogwalking, jom join contest pertama ain

    http://ainsyaa96.blogspot.com/2015/05/assalamualaikum.html

    ReplyDelete
  2. Nasib baiklah aqil xpape.kite baca ni pun rasa cuak fikir anak kat umah yang boleh tahan buas jugak.

    ReplyDelete
  3. adeh....tukar pintu yg senang buka lah sis...mcm kat umah sy walaupon kunci tp masih blh buka dri luar, kena pndi godek2 sbb pakai tombol je kan.mudah sikit.

    ReplyDelete
  4. Allah anak terkunci dalam bilik pun ila reyau macam macam nak gila ini kan pulak dalam bilik ayaq. rabat kot syiling pun rabat la janji anak selamat. tak boleh tinggai dah depa lani kak zai. akai jenuh. sama la hero kami pun hehe

    ReplyDelete
  5. uih..bahayanya.. bebudak ni mmg.. pantang lepa.. kena perati je..

    ReplyDelete
  6. UIHHHH SERIAUNYAAA.MUJOQ TAKDAK APA2

    ReplyDelete
  7. Assalam zai,
    laaaaaaaa
    tunjuk la celah lubang itu
    he3
    takleh nak bayang ni :P

    ReplyDelete
  8. alamak aii zai... takut nyer...
    alhamdulillah xde pe yg mudarat ye :)

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^