Sepetang Bersama Blogger 2017 Yang Meriah

4:33 PM

#SBB2017 | Alhamdulillah...ini tahun kedua saya bersama team #projekbloggerutara menghadirkan diri ke majlis Sepetang Bersama Blogger 2017 (#SBB2017).

Tahun ini rasa sungguh meriah berbanding tahun lepas(saya yang rasa) tapi tak pasti pula untuk blogger lain yang dah beberapa kali join #SBB anjuran Denaihati Network ini.

Meninggalkan sekecil yang tersayang, kami nekad untuk ke #SBB2017 dengan menaiki ETS. Eh...kamilah blogger dari Utara yang viral naik ETS tu....hahaha...






Asal kenalkan diri bila berjumpa blogger-blogger yang baru jumpa, semua akan kata 'Oooo...ni la blogger ETS yang viral tu'. Thanks Kids viralkan kami...hahahaha....






Sampai di Kuala Lumpur agak awal jadi kami terus ke MATIC di jemput EncikBoss.


kami dah sampai


Masa ni baru jam 11 pagi, sempatlah melepaskan lelah perjalanan jauh dan sempat juga berswafoto dan berkenal-kenalan dengan ramai blogger. Masa ni jugalah kami tahu sesuatu yang mengujakan. Terus dari situ kami tak henti-henti tersenyum lebar dan men'joyah'kan diri. Bising dalam dewan sehingga EncikBoss kami suruh behave....hihihi... Maaf EncikBoss...kami wanita tak mampu nak kawal perasaan....ahahahaha.... Tahun lepas masa #SBB2016 kami agak pendiam. Ok...tahun pertama, jumpa blogger-blogger hebat...rasa diri kerdil sangat. MALU. Tahun ni EncikBoss biarkan kami bergerak sendiri untuk menyesuaikan diri berkenalan dengan blogger-blogger lain.


Kami juga dari #projekbloggerutara yang habiskan hadiah contest Cik Lily Putih di facebook sebelum mini forum bermula. Maaf ya semua. Kami terlebih excited masa tu.


kami menang




Pengisian di #SBB2017 kali ni sangat best dari tahun lepas dan info serta ilmu yang kami dapat sangat padat. Kali ini pemilihan ahli panel memang sesuai dengan isu semasa blogger.

Mini forum- panel Mahadi Mohamed(Mahamahu)- foodie blogger dan Cik Lily Putih-lifestyle blogger
 

Datuk Ibu Hanim-Leadership Trainer


Sewaktu Norman Danish dari Misi Viral dan Dr Wan Yusuf bagi talk kami terpaksa pulang awal untuk check in hotel. Tak sempat nak grap beberapa hadiah yang rakan-rakan blogger dapat masa tu....sobbbbssss..... Itu namanya tiada rezeki.


Malamnya di Saloma Bistro berlansungnya Gala Dinner and Award Night 2017 Sepetang Bersama Blogger. Fuhhh...pertama kali menjejakkan kaki ke Saloma Bistro terasa macam artis....hahaha... Iyelah...selalu sangat tengok artis buat majlis di Saloma Bistro kan....hahaha... Dah tu malam #SBB2017 tu blogger-blogger kita pon apa kurangnya. Vouge bukan main lagi macam artis....hihihi...


sebelum majlis berlansung

Dinner meriah sangat. Makanan pon sedap-sedap. Ramai blogger-blogger hebat yang tak jumpa siang tu boleh nampak pada malamnya. Tapi maaf, malam tu saya kurang sihat. Tengah cover nak meloya bila berada di dewan tertutup yang dipenuhi makanan. Nak bergambar...nak bersembang pon MOOD dah kelaut.

Tertunggu-tunggu juga kot-kot menang lucky draw tapi biasalah...bukan rezeki saya malam tu. Tahniah pada rakan-rakan blogger yang menang hadiah. Syok la. Menang handphone, emas, tv dan pakej percutian.

Bila mana Projek Blogger Utara di umum sebagai penerima anugerah Promising Blogger Group of The Year 2017 kami memang sorak kegembiraan. Tak sangka terpilih. Alhamdulillah...nampak usaha yang tak sia-sia. Kami berusaha memperkenalkan khidmat blogger kepada industri di kawasan Utara untuk mempromosikan perkhidmatan dan barangan kerana ia masih baru. Tidak seperti di Kuala Lumpur. Memang banyak rintangan tapi tak sia-sia kerana industri di Utara sudah mula nampak keberkesanan pengiklanan menggunakan khidmat blogger. Anugerah disampaikan oleh YB Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.


Antara penerima anugerah pada malam itu :-
  • Most Engaging Social Media 2017- Neyrashazeyra
  • Most Engaging Blog 2017- kisahemasputih.com
  • Promising Blogger Group of The Year 2017- Projek Blogger Utara
  • Best Foodie Blogger 2017- Mahamahu.com
  • Best Travel Blogger 2017- Projektravel.com
  • Best Lifestyle Blogger 2017- Ciklilyputih.com
  • Blogger of The Year 2017- Redmummy.com
  • Digital economy Champion- MDEC
  • Fast Growing Social Media Company- Misi Viral
Tahniah pada semua pemenang. Hebat-hebat belaka.





Kita pon nak jugak bergambar dengan award yang Projek Blogger Utara menang. Ambik aura. Terus rasa sihat dan segar.


Terima kasih pada penaja-penaja #SBB2017 :-
Yeo's ni sedap....masam-masam manis. Sedang elok untuk saya yang loya malam tu....ahak



Diharap pihak Denaihati Network dapat meneruskan edisi Sepetang Bersama Blogger 2018 dan tahun-tahun mendatang. Ia sedikit sebanyak memberi tempat atau ruang untuk blogger bersua kenal sambil menimba ilmu.


You Might Also Like

4 apa kata anda?

  1. Banyak pengajaran yang hebat2 rupanya..

    ReplyDelete
  2. tahniah projek blogger utara... all the best sis... seronoknya...

    ReplyDelete
  3. tak dak rezeki memang lucky draw jugak! hahaha

    ReplyDelete
  4. tahniah zai
    tahniah pbu
    terima kasih semua sebab bagi sokongan dan sggup pinjam masa untuk sama2 naikkan nama pbu..yeayyy we did it. hasilnya berbaloi buk ya..hahaha
    kipidap

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^