Tempat Menarik Di Penang | Wonderfood Museum Penang
4:46 PM
Wonderfood Museum Penang | Wonderfood Museum Penang merupakan taman tema
makanan yang pertama di dunia dan merupakan salah satu muzium yang terdapat di
Pulau Pinang yang harus anda lawati. Di sini terdapat replika makanan dari
pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan India yang dipamerkan.
Bila masuk ke ruang pameran di Wonderfood Museum Penang, boleh
dilihat pelbagai jenis replika makanan yang ada sehingga boleh menggugat perut
yang tengah lapar waktu itu. Replikanya memang nampak sedap…hahahaha…sila
percaya okey… Disamping boleh mempelajari makanan berbilang kaum, anda juga
boleh beraksi bersama replika makanan yang terdapat di sana.
Tak caya? Jom ikut saya dan Aqil terjah Wonderfood Museum Penang.
Masuk ke Wonderfood Museum korang boleh lihat ‘Malaysia’s street
food’. Semua jenis makanan dari pelbagai kaum ada. Nampak sedap sangat.
Boleh juga tengok waktu makan dan makanan kegemaran rakyat
Malaysia untuk sarapan, makan tengahari, makan malam dan makan tengah malam.
Kat sini anda juga boleh bergambar dengan replika kegemaran
dengan pelbagai aksi. Tengoklah Aqil dengan ayam goreng kegemarannya…hihihi…
Kalau di Penang terkenal dengan nasi kandarnya. Meh sini
sapa yang nak makan nasi kandar. Nampak sedap dan lazat. Terus rasa lapar…huhuhu…
Naik di tingkat atas anda boleh tengok Penang’s Time Tunnel
masyarakat kita berjualan era tahun50-an dan 60-an. Orang kita berniaga dengan
mengandar bahan jualan. Zaman bertukar, peniaga mula menggunakan basikal dan
motosikal untuk berniaga.
Jom-jom sapa nak makan char koey tiaw meh la saya gorengkan.
Di samping itu anda boleh lihat pelbagai makanan yang hampir
pupus. Ini sebahagian makanan yang hampir pupus. Ikan bakar tanah liat tu baru pertama
kali saya lihat.
Yang uniknya bahan makanan di hiasa menyerupai potret
Monalisa. Masa mula-mula tengok ingatkan meja yang berselerak. Rupa-rupanya
potret Monalisa. Sangat kreatif.
Bagi yang bercuti di Pulau Pinang, Wonderfood Museum adalah
salah satu muzium yang harus anda lawati. Tak rugi sebab anda boleh mempelajari
banyak tentang pemakanan masyarakat kita dan juga boleh beraksi dengan replika makanan
ini. Sangat comel dan lazat…hihihi…
Muzium ini sangat mudah untuk dijumpai. Ia terletak di
kawasan jeti terminal feri. Boleh jalan kaki sahaja dari terminal feri ke Wonderfood
Museum bagi yang datang dari seberang menggunakan pengangkutan awam yang
mengambil masa 10 minit.
WONDERFOOD MUSEUM PENANG
49, Lebuh Pantai(Beach Street),
Georgetown, 10200 Pulau Pinang.
604-2519095
FB : wonderfood museum penang
Harga :
Dewasa RM15
Kanak-kanak/Warga
emas/Pelajar RM10
Di buka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang termasuk
cuti umum.
6 apa kata anda?
Menarik la akak..semua gabak2 punya besaq.. heheh
ReplyDeletemenarik kan, besaq-besaq semua makanan tu.. kalau boleh makan, mau kenyang seminggu..
ReplyDeletenampak real tu
ReplyDeleteamboi aqil..pndai kemain dia posing
ReplyDeleteseronok giler kut mai wonderfood museum..replika makanan semua npk real.
ReplyDeleteok kak..bagi char kuey teow taugeh lebih ye..garing2 tau
tudiaa semua gabak hehe.. kalo betul ada kenyang setahun =D
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^